KUALA TERENGGANU: Kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi program pembasmian kemiskinan di Terengganu tahun ini.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM38.21 juta telah diluluskan melalui Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu untuk pelaksanaan pelbagai projek.
"Sehingga 29 Feb lepas, kerajaan dah luluskan RM38.21 juta untuk program pembasmian kemiskinan. Di Kuala Terengganu sahaja, sebanyak 51 rumah peserta e-Kasih yang berstatus miskin dan miskin tegar akan dibaik pulih manakala 23 lagi akan dibina baharu tahun ini.
"Untuk tahun ini juga, peruntukan sebanyak RM3.68 juta akan dibelanjakan bagi pelaksanaan projek-projek kemudahan asas seperti longkang dan jalan demi memastikan urusan serta kualiti hidup rakyat di Kuala Terengganu berada pada tahap baik," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Kampung Angkat MADANI di Kampung Banggol Cempedak, Serada dekat sini hari ini.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Seri Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil serta Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pemantauan dan Penilaian Pembangunan) Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri Raja Muhammad Azhan Shah Raja Muhammad.
Mohd Zuki berkata peruntukan itu membuktikan Kerajaan Persekutuan tidak pernah mengabaikan keperluan dan memastikan pembangunan semua negeri dilaksana secara sama rata.
Bagaimanapun, beliau berkata semua jabatan dan agensi di peringkat negeri harus bekerjasama dalam menjayakan agenda pembangunan sosial serta ekonomi penduduk.
"Sebanyak RM1.58 billion juga telah diperuntuk di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 untuk pelaksanaan 391 projek RP4 (Rolling Plan 4) berimpak tinggi di Terengganu.
"Ini bukan jumlah yang sedikit dan membuktikan Kerajaan Persekutuan tidak mendiskriminasi dan memberi tumpuan pembangunan setiap negeri secara sama rata," katanya.
Pada majlis itu, Mohd Zuki turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM2.5 juta bagi pelaksanaan beberapa projek di Kampung Banggol Cempedak yang diisytihar sebagai Kampung Angkat MADANI.
Antaranya menaik taraf surau, menyiapkan pagar dan wakaf di tanah perkuburan serta beberapa infrastruktur lain seperti jalan dan longkang.
Beliau berkata Kerajaan Persekutuan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM1 billion di bawah Dana Komuniti MADANI bagi menjayakan program itu.
"Di bawah Dana Komuniti MADANI, kerajaan telah menyediakan geran antara RM50,000 hingga RM100,000 kepada komuniti untuk menjayakan program komuniti MADANI.
"Inisiatif yang diperkenal oleh kerajaan ini harus dimanfaat sebaik mungkin bagi membantu penduduk setempat menjana ekonomi negeri," katanya yang turut menyampaikan sumbangan barangan 'Kembali Ke Sekolah' kepada 142 pelajar.-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 09 2024
Mohd Zuki (tengah) menyampaikan bakul Ramadan kepada penerima Adnan Bustaman (dua, kanan) pada Majlis Pelancaran Kampung Angkat MADANI di Dataran Banggol Cempedak, hari ini. - Gambar Bernama
ASP antara lima polis didakwa rompak wanita warga China RM140,000
Seorang pegawai kanan polis berpangkat ASP bersama empat anggota, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merompak seorang wanita warga China.
Pengurup wang didakwa bunuh lelaki
Seorang pengurup wang didakwa datas pertuduhan membunuh seorang lelaki dalam satu kejadian pergaduhan di Jalan Telawi, Bangsar.
Selangor catat jenayah seksual tertinggi di Malaysia
Selangor mencatatkan kes jenayah seksual tertinggi dalam tempoh tiga tahun di negara ini.
PM Anwar arah tanam 100 pokok gantikan pohon terpaksa ditebang
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu setiap pohon yang terpaksa ditebang, digantikan dengan 100 pokok baharu yang wajib ditanam semula.
8 mengaku tidak bersalah urus kondo jadi pusat judi dalam talian
Seorang wanita dan tujuh lelaki termasuk seorang warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret 1, di sini pada Rabu atas pertuduhan menguruskan sebuah rumah sebagai pusat perjudian dalam talian.
Perlu dapat kebenaran sebelum lepas spesies ikan dalam sungai
Individu atau kumpulan yang berhasrat melepaskan mana-mana spesies ikan air tawar ke perairan umum perlu mendapat kebenaran rasmi daripada Jabatan Perikanan Negeri Perak.
Majikan diberi tempoh sehingga 31 Mei, daftar Perkeso sebelum Ops Kesan
Majikan diberi tempoh sehingga 31 Mei untuk mendaftar pekerja mereka secara sukarela dengan Perkeso, sebelum pelaksanaan Ops Kesan 2024.
Lelaki cedera terkena benang di SUKE buat laporan polis
Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, lelaki itu hadir membuat laporan polis di Balai Polis Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada jam 10.21 pagi.
AWANI Ringkas: Polis sahkan pemandu langgar atlet kayak dalam keadaan mabuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pantau Belanjawan: Memacu pembangunan belia yang lebih berdaya tahan
Sempena Hari Belia Kebangsaan 2024, Dr Nurul Ashikin Alias mengupas isu semasa dalam kalangan belia menerusi pelbagai aspek pada masa kini.
Kerajaan peruntuk RM50 juta program basmi kemiskinan di Terengganu
Kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi program pembasmian kemiskinan di Terengganu tahun ini.
100 liang lahad diancam hakisan
Masalah hakisan sungai di tanah perkuburan yang dibina atas tanah wakaf oleh penduduk kampung itu telah berlaku sejak sekian lama.
MPAJ tangguh kenaikan caj tanah perkuburan Islam
Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menangguhkan pelaksanaan kenaikan caj pengebumian bagi tanah perkuburan Islam di bawah pentadbirannya.
Pemergian Rohana Jalil: "Dia isteri yang teramat baik" - Jahangir Khan
Ketika ditanya kenangan bersama arwah, tidak banyak diceritakan kerana kenangannya terlalu banyak, tidak boleh pun nak diceritakan.
Trend tukar batu nisan, belindan menjelang Syawal
Bukan untuk bermegah tetapi sebagai 'hadiah terakhir' kepada si mati selain menjadikannya sebagai penanda bagi memudahkan ia diziarahi.
Buka puasa di tanah kubur dibimbangi langgar adab, akhlak - Mufti
Tindakan berbuka puasa di pekarangan tanah perkuburan kurang sesuai untuk dilakukan.
Lelaki ditemui mati di tanah perkuburan
Seorang lelaki ditemui meninggal dunia di atas wakaf Tanah Perkuburan Islam Panji Alam, Kuala Terengganu.
Pele disemadi di Santos
Pele akan dikebumikan di bandar tempatnya membesar dan mengembangkan karier bola sepaknya.
Polis tahan lelaki sakit mental rosakkan kubur 100 tahun
Suspek yang memiliki sejarah masalah mental disyaki menceroboh dan merosakkan kubur di Tanah Perkuburan Islam Al-Qadim, Sibu yang berusia lebih 100 tahun.
Rumah di kawasan perkuburan, "harmonikan" yang hidup dan si mati
Bayangkan jika rumah yang didiami itu hanya sekangkang kera sahaja dengan kubur?